8 bulan latihan industri (luahan hati seorang Pisyek)
Share this to
Pejam celik pejam celik, sudah hampir 8 bulan saya bersama dengan Terato tech (Terato). Untuk pengetahuan semua, saya, Hafiz Suhaimi telah menjalani latihan industri selama 8 bulan (6 Jun 2010 sehingga 14 Jan 2011). LAPAN BULAN!
Heh, 8 bulan memang satu jangkamasa yang lama tahu tak? Tetapi oleh kerana kebanyakan masa di Terato diisi dengan pelbagai jenis keriangan seperti bermain permainan kanak-kanak Ribena, lawak-lawak kelakar, makan besar, lawatan sambil belajar ke acara-acara yang menarik, permainan XBOX, dan yang terbaru, KINECT untuk XBOX, masa dirasakan berlalu dengan 'super' pantas. :D
Terima kasih yang tak terhingga kepada Pengarah Urusan Terato Tech, En. Reza F. Razali kerana memberi kepercayaan kepada saya unuk membuat latihan industri di sini. Secara jujurnya, masih teringat lagi perbualan telefon ketika ditemubual sebelum diterima masuk ke Terato. "Boleh buat itu?" "Bolehhh!" "Boleh buat ini?" "Bolehhh!" "Boleh buat semua?" "Boleh, boleh. Tak ada masalah!" Hehehe.
Memang banyak pengalaman dan input-input baru yang dikutip setiap hari selama berada di Terato Tech. Dan yang paling berharga yang dapat dikutip oleh saya adalah 'nickname' baru saya, Pisyek Kumar. Kah kah kah. Terima kasih kepada rakan-rakan sekerja atas nickname yang tersangat 'cool' itu. Hahaha.
Oh, jika anda pengguna Firefox, sila dapatkan persona cap Terato Tech, buah tangan terakhir saya untuk Terato sebelum menyambung kembali pengajian di UTP untuk setahun lagi. :)
Dan juta-jutaan terima kasih lagi kepada bos, sebab buat 'farewell lunch' di KRR Alamanda dan beri saya iPad 16 GB. Hehehe. Oh~ Sangat terharu rasanya. Hahaha.
P/s: Muka anda macam tak puas hati pula bila aku dapat iPad tu. Hehehe.
Share this to