Antara sebab biasa mengapa aplikasi ditolak oleh Google dan Apple

Development— posted on May 6, 2022 11:13 AM

Share this to

    Penerangan ringkas

    Menyenaraikan isu paling biasa yang menyebabkan aplikasi ditolak dan membantu anda memahami untuk menyediakan aplikasi dengan lebih baik sebelum menghantar untuk semakan.

    Salah satu masalah terbesar yang dihadapi oleh pembangun aplikasi Android atau iOS semasa membina aplikasi ialah memastikan ianya mematuhi garis panduan penyerahan aplikasi Google Play Store dan App Store.

    Google Play Store dan App Store ini bertujuan untuk memudahkan pengguna memuat turun dan memasang aplikasi pada peranti pintar mereka. Mereka mempunyai peraturan yang ketat tentang aplikasi yang akan dibenarkan. Gagal memenuhi garis panduan ini, aplikasi anda akan ditolak. 

    Amat menyedihkan apabila aplikasi anda ditolak kerana untuk membangunkan sebuah aplikasi memerlukan kerja keras, dedikasi dan juga kesabaran. Ianya bukan sahaja akan mengambil masa berbulan-bulan malah kadang-kala bertahun-tahun. Sebelum melancarkan sebarang aplikasi, terdapat beberapa senarai semak yang perlu anda lakukan sebelum menerbitkan aplikasi Android atau iOS anda di Google Play Store atau App Store.

    Senarai Semak Pra-Pelancaran Aplikasi Mudah Alih Android dan iOS:

    • Memahami pelanggan anda
    • Mencipta ikon
    • Menyediakan kata kunci
    • Ujian A/B
    • Mencari pepijat
    • Semak saiz aplikasi

    Untuk membantu anda, kami telah mengumpulkan sebab-sebab biasa kenapa aplikasi ditolak untuk semakan.

     

    Garis Panduan

    Salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah menyemak dengan teliti garis panduan Google Play Store dan App Store. Garis panduan mereka akan sedikit berbeza, jadi adalah penting untuk anda memahami perkara ini sebaik mungkin.

    Secara umum, Google Play dan Apple Store akan menumpukan pada bidang utama berikut:

    • Pengalaman yang pengguna akan miliki dalam aplikasi. Secara asasnya, mereka mahu pengguna mendapat pengalaman terbaik yang mungkin. Jika anda tidak memenuhi keperluan ini, ini boleh menjejaskan peluang kelulusan anda.
    • Ciri-ciri aplikasi - Sejauh manakah ciri berfungsi, adakah ia berfungsi, adakah ia menyampaikan tujuan seperti yang dijanjikan, dan sebagainya.
    • Antara muka pengguna yang mudah dipahami.
    • Fungsi keseluruhan aplikasi - Mereka ingin tahu bahwa semuanya berfungsi dengan baik.

    Aplikasi akan ditolak kerana ia gagal dalam salah satu atau lebih daripada perkara utama ini. Justeru, anda mesti memastikan bahawa perkara-perkara utama tersebut dipenuhi sebelum semakan aplikasi

     

    Dasar Privasi 

    Selepas pelanggaran data baru-baru ini dan pengenalan undang-undang seperti GDPR, pembangun aplikasi, Google Play Store dan App Store mempunyai keperluan undang-undang yang ketat dalam hal privasi. Aplikasi mesti mempunyai dasar privasi terkini, iaitu dokumen undang-undang yang menggariskan data yang akan dikumpulkan oleh aplikasi dan cara maklumat peribadi ini akan digunakan.

    Mereka memerlukan dasar privasi semasa aplikasi diterbitkan. Jika anda tidak mempunyai dasar, atau anda melanggar dasar yang telah anda gariskan, aplikasi anda akan ditolak dan/atau dialih keluar daripada kedai.

    Pepijat, Isu dan Ranap Sistem

    Ringkasnya, Google Play Store dan App Store menjangkakan bahwa aplikasi anda akan berfungsi sepenuhnya. Ianya jelas, tetapi anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa sekitar 8% aplikasi yang diserahkan kepada Apple Store atau Google Store ditolak kerana pepijat.

    Jika pengguna memuat turun aplikasi sempurna, ia mencerminkan kualiti daripada Google Play Store dan App Store untuk tujuan memuat turun aplikasi tersebut. Jadi, sebelum menyerahkan aplikasi anda untuk semakan, sila lakukan pengujian berulang-ulang kali. Ini akan membantu anda melepasi proses semakan dan mengalami kejayaan yang lebih besar setelah aplikasi anda disiarkan secara langsung.

    Perlu diingat bahawa perkara seperti pautan terputus dan masa muat yang lama juga boleh menjejaskan peluang anda untuk disiarkan secara langsung.

     

    Plagiarisme

    Sama seperti anda tidak boleh menyalin produk orang lain dan menjualnya, anda tidak boleh menyalin dan menciplak idea orang lain dan cuba menjualnya sebagai idea anda sendiri. Walaupun boleh difahami bahawa anda mungkin serupa dengan beberapa pesaing anda (seperti KFC dan McDonald’s), anda masih perlu mempunyai titik perbezaan yang jelas.

    Penyelesaian yang jelas di sini ialah menjadikan aplikasi anda seunik mungkin. Ia mungkin reka bentuk yang unik, penjenamaan khusus, ciri khas atau pengalaman yang berbeza daripada pesaing anda.

    Anda juga harus meneliti pesaing anda untuk melihat apa yang mereka lakukan dengan baik dan apa yang pengguna anda inginkan. Penyelidikan juga harus dilakukan untuk memastikan bahawa aplikasi anda bukan meniru mereka.

     

    Kandungan Tidak Sesuai

    Jika aplikasi anda dianggap mempunyai kandungan yang tidak sesuai oleh Google Play Store dan App Store, ia akan ditolak secara automatik. Tidak kira sejauh mana pengalaman pengguna anda, aplikasi anda mesti mematuhi piawaian kandungan mereka.

    Aplikasi yang mengandungi keganasan yang berlebihan atau realistik, kandungan lucah, tingkah laku anti-sosial seperti penderaan, perkauman atau aktiviti jenayah juga akan ditolak.

     

    Pengalaman Pengguna yang Lemah

    Seperti yang telah kita sentuh sebelum ini, Google Play Store dan App Store mahu aplikasi mereka mempunyai kualiti yang terbaik. Jika pengalaman yang ditawarkan oleh aplikasi anda tidak berfungsi secara normal atau tidak berkesan, semakan aplikasi anda tidak akan diluluskan. Sebagai sebahagian daripada proses ujian anda, pastikan anda menyemak pengalaman pengguna anda dengan teliti.

     

    Aplikasi yang belum selesai

    Sekali lagi, pastikan aplikasi selesai sebelum menyerahkan untuk semakan. Jika perkataan "beta, "demo", atau "ujian" muncul di mana-mana didalam aplikasi anda, Penguji Aplikasi akan menjadikan ini sebagai tanda bahwa aplikasi anda belum selesai. Jika aplikasi anda belum selesai, sudah semestinya ianya tidak akan lulus proses semakan.

    Ciri wajib seperti "Sign-In with Apple" mesti dilaksanakan jika aplikasi menggunakan kaedah log masuk pihak ketiga yang lain seperti google atau facebook.

    Sign_in_with_apple

    Contoh aplikasi ditolak dari App Store tentang Garis Panduan 4.8

     

    Pastikan penguji semakan aplikasi boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan jika ada.

    username and password

    Contoh aplikasi ditolak dari App Store tentang Garis Panduan 2.1

     

    Tidak melibatkan pihak lain dalam aplikasi anda melainkan anda mempunyai hak untuk berbuat demikian. Sebagai contoh, meletakkan logo perniagaan lain tanpa kebenaran mereka dan mesti mempunyai kandungan dasar privasi khusus untuk platform mudah alih.

     

    misleading policy and not authorize

    Contoh aplikasi ditolak dari Play Store tentang Privacy Policy

     

    Tidak mempromosikan platform yang berbeza seperti aplikasi iOS mengiklankan gambar yang mempromosikan aplikasi Android Play

    other_platformContoh aplikasi ditolak dari App Store tentang Garis Panduan 2.3.10

     

    Menggunakan ciri "Apple App Tracking Transparency" sekiranya 

    "Apple App Tracking Transparency" untuk iOS 14.5 dan lebih baharu, ini membolehkan anda memutuskan sama ada aplikasi boleh menjejak aktiviti anda. Dalam App Store Connect, maklumat privasi apl yang anda berikan dalam App Store Connect menunjukkan anda mengumpul data untuk menjejak pengguna, tetapi tidak memaklumkan kepada pengguna dalam aplikasi dan tidak melaksanakan rangka kerja AppTrackingTransparency dalam aplikasi untuk meminta kebenaran sebelum mengumpul data yang digunakan untuk menjejak pengguna atau peranti.

     

    Memastikan penguji aplikasi boleh log masuk ke dalam aplikasi sekiranya memerlukan maklumat tersebut

    login_crendential

    Contoh aplikasi ditolak dari App Store tentang Garis Panduan 2.1

     

    Kesimpulannya

    Proses dalaman semakan aplikasi Android dan Apple adalah sangat teliti, tetapi tidak sukar untuk melihat sebab penolakan berlaku. Proses semakan ini direka bentuk dengan baik dan berkualiti supaya memberikan aplikasi yang berfungsi dengan cemerlang kepada pengguna anda.

     

    Pautan rujukan :

    Pautan garis panduan semakan Aplikasi untuk iOS: App Store Review Guidelines - Apple Developer
    Pautan sebab penolakan biasa Aplikasi iOS: App Review - App Store - Apple Developer
    Pautan garis panduan semakan Aplikasi untuk Android: Google Store Review Guidelines
    Pautan penyelesaian masalah sebelum melancarkan Aplikasi Android: Release App with Confidence

     


    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213