Gambar-gambar di Hari Terbuka Masjid Al-Falah
— posted on May 19, 2010 12:08 PM
Share this to
Seperti yang anda semua ketahui (atau tidak), pada 15 Mei yang lepas, beberapa orang wakil dari Terato tech telah mewarnai Hari Terbuka Masjid Al-Falah di USJ9 Subang Jaya. Kami ditempatkan bersama pembangun-pembangun teknologi yang lain di dalam khemah MDEC.
Ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Dapat melihat anak-anak remaja dan para ibu bapa teruja dan seronok melayan permainan video yang kami bangunkan (melalui aplikasi iPad) menghilangkan rasa penat dan panas (hari memang panas yang amat!).
[nggallery id=9]
Kami berharap dapat menyertai lebih banyak lagi majlis-majlis bertemu orang ramai seperti ini. Bukan sahaja ia dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk mendekati produk-produk kami, ia juga sudah tentu membolehkan kami memahami citarasa masyarakat dan pandangan mereka mengenai dunia teknologi telekomunikasi.
Harap Maklum: Semua gambar di dalam artikel ini adalah hak milik MSC Malaysia. Kami meletakkan di sini hanya untuk tujuan penyampaian berita dan bukan komersil.
Share this to