Ingin Jadi Android
Share this to
Makan tengah hari tidak akan sama seperti dahulu lagi.
Tetapi ia menjadi lebih baik! Sekurang-kurangnya pada setiap hari Khamislah.
[nggallery id=1]Kami memang gemar makan. Ia menghilangkan tekanan. Menambahkan kemanisan dalam diri. Dan mendatangkan semangat dan tenaga membara untuk sambung bekerja walaupun bertahan setakat 15 minit.
Semua gambar-gambar ini diambil menggunakan teknologi Android - Nexus1. Hasilnya agak memuaskan walaupun masih belum hampir dengan kualiti mana-mana SLR digital. Sekurang-kurangnya ia menyerlahkan kegembiraan kami 'sekeluarga'. Itu yang paling penting bukan?
Perlumbaan teknologi pada zaman ini kadangkala menyesakkan nafas dan minda, selain poket kita. Namun kadangkala ada yang hadir menyesakkan itu menjelmakan perubahan yang selama ini kita tak terfikirkan. Ketika manusia yang lain berlumba-lumba untuk menjadi lebih kaya, alpa dan berkuasa, mungkin kita yang lain perlu lebih bercita-cita untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur dan gembira hatinya tanpa lupa untuk menggembirakan manusia lain di sekeliling.
Untuk merapatkan perhubungan, teknologi hari ini memang banyak membantu. Dan kami di sini akan terus berusaha untuk menjadikan teknologi itu lebih baik dan mesra untuk semua.
Share this to