Kempen Flags Of Generosity Oleh KitaJaga Terima Pelbagai Anugerah

Development— posted on October 26, 2022 10:49 AM

Share this to

    Kempen Flags Of Generosity Oleh KitaJaga Terima Pelbagai Anugerah

    Masih ingat lagikah anda pada kempen kibar bendera putih yang dijalankan sewaktu rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan lockdown?

    Disebabkan tekanan hidup yang semakin tinggi, keluarga yang terkesan dengan pandemik mula mengibarkan bendera putih di luar kediaman masing-masing untuk meminta pertolongan.

    Tidak dinafikan, pandemik COVID-19 bukan sahaja melumpuhkan negara kita. Ia juga membuatkan ramai orang kehilangan pekerjaan masing-masing, kehabisan makanan dan terpaksa berlapar.

    Perlaksanaan tempoh berkurung pula membuatkan keluarga ini semakin tersepit. Jika tidak bekerja, mana datangnya duit untuk membeli makanan?

    Sukar untuk menghantar bantuan

    Benar, kempen kibar bendera putih sewaktu pandemik merupakan satu langkah yang betul. Walau bagaimanapun, timbul satu lagi masalah besar iaitu isu logistik. Ia merupakan satu cabaran besar untuk menghantar bantuan dari satu lokasi ke lokasi yang lain di tengah-tengah pandemik.

    Disebabkan COVID-19, semua orang terpaksa mengasingkan diri di rumah masing-masing. Bukan mudah untuk keluar disebabkan kekangan pergerakan dan juga kerisauan mengenai COVID-19 sendiri.

    Namun, jumlah bendera putih yang dikibarkan juga semakin hari semakin banyak. Tanpa gerakan logistik yang betul, kempen ini mungkin tidak akan berjaya dilaksanakan.

    Bukan itu sahaja, mereka yang mengibarkan bendera putih juga selalunya datang dari kejiranan yang miskin. Dalam kejiranan yang sama juga, ada banyak lagi bendera putih lain yang turut dikibarkan. Manakala, mereka yang mampu membantu selalunya duduk di kawasan bandar.

    Mujurlah KitaJaga.co datang dengan satu solusi. Ketika itulah datangnya idea untuk mengibarkan satu lagi bendera – bendera ungu!

    Terato Tech telah bekerja sama dengan Cadbury dan Ogilvy untuk menjalankan kempen bendera ungu, khas untuk menghubungkan pengibar bendera putih dengan bantuan yang paling sesuai dan terdekat dengan kawasan mereka.

    Keluarga atau individu yang ingin membantu boleh meletakkan pin berwarna ungu pada kawasan rumah mereka supaya ia dapat dikutip dan dihantar kepada penerima yang memerlukan.

    Kempen Flag of Generosity – Tanda rakyat Malaysia masih prihatin

    purple flag

    Jika bendera putih dikibarkan sebagai tanda untuk meminta pertolongan, bendera ungu pula dikibarkan oleh rakyat Malaysia yang sudi tampil ke hadapan untuk memberikan bantuan.

    Melalui kempen Flag of Genorisity, rakyat Malaysia yang ingin menyumbang namun tidak dapat menghantar barang-barang yang ingin disumbangkan atas faktor-faktor kekangan pergerakan boleh mengibarkan bendera ungu supaya sumbangan dapat diedarkan dengan selamat.

    Untuk memastikan semua sumbangan dapat disalurkan kepada individu yang memerlukan, KitaJaga.co menyediakan khidmat kutipan dan penghantaran barang secara percuma sewaktu pandemik.

    Tidak dinafikan, kewujudan KitaJaga.co ketika wabak COVID-19 sedang berlangsung telah membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia yang pemurah dan sanggup membantu mereka yang dalam kesusahan.

    Dengan adanya aplikasi KitaJaga.co, bantuan yang sedia ada dapat disambungkan dengan penerima yang benar-benar memerlukan. KitaJaga.co juga memastikan ia sampai ke tangan penerima dengan selamat.

    Kempen Kibar Bendera Ungu telah memenangi beberapa anugerah, antaranya ialah anugerah Gold in the Outdoor dalam kategori Corporate Purpose & Social Responsibility.  Kempen Flags of Generosity juga telah tercalon dalam senarai pemenang D&AD Award Winner pada tahun 2022.

    Kita jaga kita

    Disebabkan semangat muhibbah yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, kempen kibar bendera putih dan ungu dapat dilaksanakan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

    KitaJaga.co diasaskan oleh Achan, yang telah bekerjasama dengan Edo, Basyrun, and Hisyam untuk membina aplikasi ini ketika cuti hujung minggu. Menurut CEO of Terato Tech, Zara Aida Razali, aplikasi ini juga pada asalnya dibangunkan sebagai Minimum Viable Product (MVP) untuk Terato Tech.

    Syarikat juga ingin menguji sama ada konsep bendera putih ini dapat dijalankan dengan lancar. Ketika COVID-19 berlangsung, aplikasi ini bukan sahaja mendapat sambutan yang hangat, ia juga telah berjaya menghubungkan antara penerima yang sedang dalam kesusahan dan rakyat Malaysia lain yang sanggup membantu.

    Mungkin ramai yang anggap kempen ini hanya berlangsung ketika pandemik. Namun, kempen kibar bendera putih dan ungu sebenarnya masih dijalankan sehingga hari ini!

    Pada waktu ini, jumlah bendera putih yang dikibarkan telah melebihi bendera ungu sebanyak 17:1. Tanpa individu yang sanggup menghulurkan bantuan, keluarga yang terkesan akan terus dilupakan dan tidak dibantu.

    Untuk menjayakan projek ini, hampir semua staff di Terato Tech telah menyumbang kepakaran sendiri untuk KitaJaga.co. Malah, KitaJaga.co masih lagi gah berdiri dan dilengkapi dengan pelbagai fitur lain.

    Kini, anda boleh kenal pasti nombor telefon scammer, buat laporan mengenai masalah gangguan air dan juga minta bantuan banjir secara terus di laman sesawang dan aplikasi KitaJaga.co!


    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213