MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MYWIRA LTAT

Development— posted on April 30, 2021 12:00 AM

Share this to

    KUALA LUMPUR, 26 April 2021 - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melancarkan MyWIRA, aplikasi yang memberikan akses pantas kepada akaun caruman LTAT. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan diiringi oleh YABhg. Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Bin Hj Zainuddin (Bersara), Pengerusi LTAT, YBhg. Tan Sri Mohd Reza Bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut dan Dato’ Sri Amrin Awaludin, Ketua Eksekutif LTAT.

     

    Aplikasi MyWira ini adalah merupakan inisiatif terbaharu LTAT yang diilhamkan di bawah Pelan Transformasi LTAT di bawah Teras Hala Tuju Strategik LTAT iaitu Teras 4: Meningkatkan Pengurusan Pihak Berkepentingan Strategik dan Teras 5: Menambahbaik Infrastruktur.

     

    MyWira adalah aplikasi yang direka khas untuk kemudahan dan keselesaan para pencarum bagi mengakses penyata caruman mereka, memeriksa status permohonan pengeluaran caruman, mengakses maklumat mengenai akaun unit amanah, dan akses kepada maklumat lain seperti Yayasan LTAT, tawaran dan promosi eksklusif oleh Perbadanan, anak syarikat dan rakan kongsi. Aplikasi ini merupakan alternatif kepada saluran penyampaian sediada seperti e-kiosk dan i-wira namun ia lebih bersifat mesra pelanggan dan holistik.

     

    Aplikasi tersebut disasarkan untuk memberi keselesaan kepada para pencarum LTAT serta pengalaman bermanfaat di era digital ini. Aplikasi MyWIRA menjadi penyelesaian mudah lagi cepat untuk para pencarum mendapatkan maklumat mengenai caruman mereka dengan hanya berurusan di hujung jari sahaja.

     

    Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma daripada App Store untuk sistem operasi iOS dan Play Store untuk pengguna sistem operasi Android.

     

    MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MYWIRA LTAT

    MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MYWIRA LTAT

     

     


    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213