Perjanjian DeNA dengan Terato dan Adam Dream di Harian Metro
— posted on May 31, 2012 10:49 AM
Share this to
[caption id="attachment_1079" align="alignnone" width="500" caption="Akhbar No. 1 Malaysia!"][/caption]
Harian Metro merupakan akhbar No. 1 di Malaysia. Mempunyai 4 juta pembaca, Harian Metro boleh dikatakan akhbar yang paling berpengaruh di sini.
Oleh itu kami amat berbesar hati apabila berita mengenai Perjanjian antara DeNA dengan kami dan juga Adam Dream tersiar di dalam sisipan IT semalam.
[caption id="attachment_2863" align="alignnone" width="540" caption="Klik untuk paparan lebih besar."][/caption]
Sedikit ringkasan tentang Perjanjian antara DeNA dengan Terato tech. DeNA merupakan antara syarikat pengendali permainan sosial terbesar di dunia dan juga pemilik pelantar Mobage, telah menandatangani kerjasama dengan kami untuk pembangunan enjin dan rekabentuk permainan sosial.
Kerjasama ini merupakan satu penanda aras kepada kebolehan kami sebagai pembangun permainan mudah-alih.
Baca versi atas talian berita tersebut di sini: Terato Tech Pilihan Jepun
[caption id="attachment_2864" align="alignnone" width="540" caption="Klik untuk paparan lebih besar."][/caption]
Adam Dream: Numbers Nightmare pula adalah permainan aksi dan teka-teki terbaru dari kami.
Sesuai untuk dijadikan wadah mengajar anak-anak subjek matematik, permainan ini menjanjikan soalan-soalan yang mencabar minda dan juga rekabentuk latar dan watak yang comel.
Baca ulasan mengenainya di sini: Aplikasi Adam Dream Hilangkan Bosan Belajar Matematik
Untuk memuat turun permainan ini (hanya untuk peranti iPhone dan iPad) sila klik: Adam Dream
Share this to