Program Pelatih Pembangunan Aplikasi Mudah Alih 2014

— posted on June 13, 2014 11:42 AM

Share this to

    2012-07-15 12.33.52withlogo Terato tech Sdn Bhd sebagai sebuah organisasi yang sedang pantas berkembang dan penuh dengan jejaka tampan, sentiasa mencari calon-calon terbaik untuk diserapkan ke dalam pasukan pembangun aplikasi kami. Namun, proses untuk mencari yang terbaik dan the special one seperti Neo atau Mourinho kadangkala memakan masa dan perlu penelitian yang berterusan. Oleh itu, bermula Julai ini, kami akan mengambil 3 orang calon pelatih, YA 3 ORANG SAHAJA (untuk Julai), untuk digabungkan dalam pasukan pembangun kami selama 3 bulan. Dan selepas 3 bulan, jika penyelia merasakan anda layak untuk diserapkan secara tetap.

    Sepanjang 3 bulan, calon yang terpilih akan

    • dilatih oleh penyelia yang berwibawa dan sesekali comel,
    • dikerah, diperah (why so serious?) sambil menghadap situasi sebenar industri perisian dan pengaturacaraan dan
    • dapat makan secara percuma (kecuali bulan puasa) sambil sesekali bermain PS4 di waktu rehat
    • dapat elaun/gaji RM 2000!
    BleWfEFIAAApiXX

    Bagi calon yang berminat dan ada kemahiran/pengalaman dalam pengaturcaraan atau reka grafik atau yang berkaitan, mohon hantarkan permohonan anda terus ke jobs(a)terato.com beserta surat pengenalan, resume/portfolio, keputusan peperiksaan dan gambar.

    Mereka yang tinggal berdekatan Bandar Baru Bangi digalakkan memohon. Kami menunggu permohonan anda dengan penuh minat. Sebarkan!

    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213