Pupuk minat belajar teknologi terkini - Kosmo bercerita tentang LEGO SpaceXploration
— posted on January 15, 2015 10:38 AM
Share this to
Hey, hey kami tanya apaa khaabaarr, semua?
Kem Lego SpaceXploration yang berlangsung Disember lepas adalah acara penutup tirai buat inisiatif Lego yang dibawakan oleh Terato Tech dan Cyberview Sdn Bhd.
Selain mendekatkan jiwa-jiwa muda dengan pembinaan Lego dan pengaturcaraan, kem dan kelas-kelas dan pertandingan yang diadakan juga memperkenalkan generasi muda Malaysia dengan pencetakan 3Dimensi.
Kosmo melalui sisipan Infiniti semalam (14 Januari 2015) telah memberi pencerahan tentang hala tuju teknologi-teknologi yang diraikan dalam inisiatif Lego oleh Terato dan Cyberview ini.
Antara isi:
Menurut Daniel, industri percetakan tiga dimensi merupakan sesuatu yang sedang meningkat naik dan bakal menjadi titik tolak kepada perkembangan industri prototaip serta produk-produk berkaitan. “Pendedahan awal kepada anak-anak amat penting kerana mereka bakal merasai kemuncak perkembangan teknologi ini pada masa hadapan. “Jadi, bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan, kami membawakan seorang tenaga pengajar bertauliah, Se Kye Li untuk menerangkan mengenai pencetak tiga dimensi dalam program ini,” katanya.Kami di Terato amat berharap, inisiatif ini akan terus berkembang pada tahun ini dengan kursus-kurus yang lebih berwibawa dan bermanfaat buat semua golongan masyarakat di Malaysia. Baca artikel penuh di Laman Web Kosmo. Terima kasih kepada Shazwan Yusop atas penulisan.
Share this to