Reza Sebati dengan IT
— posted on January 30, 2012 2:34 PM
Share this to
[caption id="attachment_2471" align="alignnone" width="500" caption="Betul, ini adalah produk yang akan datang"][/caption]
Harian Metro merupakan akhbar nombor satu negara. Dan ia merupakan akhbar yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada semua usahawan muda di Malaysia. Kami bersyukur kerana sentiasa berada di bawah radar carian berita mereka. Dan kali ini ia melibatkan dua muka surat besar.
Semalam, melalui sisipan Ekspresi/Karisma METRO Ahad, satu artikel oleh Aniza Zainudin mengenai pengasas Terato tech telah dicetak. Semuanya berkisar tentang susur galur perjalanan Reza Razali dalam meniti tangga kepopularan. Individu yang baru sahaja dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular BH ini juga, tidak kekok untuk bercerita tentang keluarga dan falsafah hidupnya.
Untuk membaca artikel tersebut, anda boleh klik imej di bawah. Terima kasih sekali lagi kepada Harian Metro dan wartawan Aniza.
[caption id="attachment_2472" align="alignnone" width="150" caption="Klik untuk pembesaran!"][/caption]
Share this to