Tahniah! En. Reza Razali tergolong antara 300 Tatler's GenT List 2022!

Development— posted on October 31, 2022 9:44 AM

Share this to

    reza

    Disebabkan sumbangan beliau semasa pandemik, Pengasas Terato Tech Sdn Bhd dan Silentmode, En Reza Razali telah tersenarai di dalam Tatler's GenT List 2022.

    KitaJaga.co dibangunkan hasil inspirasi daripada kempen kibaran bendera putih yang pernah menjadi viral ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dahulu. Kempen ini kemudiannya dikembangkan dan ditambah baik sehingga menjadi KitaJaga.co seperti yang kita kenali sekarang.

    Tatler's GenT List 2022 memberi penghargaan kepada 300 orang pemimpin yang membentuk masa depan Asia. Kesemua individu yang tersenarai merupakan entreprenur yang berjaya membawa perubahan yang positif di negara masing-masing.

    Kini, Terato Tech telah melangkah lebih jauh dengan penghasilan Kita Jaga Malaysia, satu aplikasi dan laman sesawang yang mula mendapat perhatian umum sejak pandemik berlangsung.

    Melalui aplikasi ini, orang ramai yang ingin meminta bantuan atau menghulurkan bantuan boleh ‘pin’ lokasi masing-masing di atas peta.

    Bertepatan dengan nama aplikasi mereka, KitaJaga, penghasilan aplikasi ini membolehkan rakyat Malaysia saling ‘menjaga’ satu sama lain dan membantu orang lain terkesan dengan pandemik COVID-19.

    Terato Tech telah dibangunkan pada tahun 2008 sebagai laman sesawang dan juga pembangun aplikasi. Syarikat ini juga telah bekerjasama dengan pelbagai jenama besar seperti Domino’s Pizza, Air Selangor dan CIMB Bank.

    Mula terlibat dalam bidang IT seawal usia 7 tahun

    Reza bukanlah baru berkecimpung di dalam bidang IT. Minat dalam bidang ini sudah berputik sejak beliau berada di bangku sekolah lagi. Ketika berusia 13 tahun, Reza telah menyertai kelab Microsoft Young Programmers Club’. Kelab yang disertai kira-kira 50 orang inilah yang telah menggilap bakat Reza dalam bidang programming.

    Pada tahun 2000, Reza telah membangunkan sebuah laman sesawang yang dikenali sebagai Terato.com. Walau bagaimanapun, Reza tidak menemui jalan untuk menjana pendapatan menerusi laman sesawang tersebut pada waktu tersebut. Namun, beliau mengekalkan terato.com dan menjadikan jenama tersebut sebagai hak miliknya.

    Selepas menamatkan pengajian, Reza telah menubuhkan Terato Tech yang dikenali sehingga hari ini. Tidak dinafikan, apa yang berjaya dicapai merupakan hasil daripada kegairahan Reza sendiri dalam menuntut ilmu. Melalui syarikat ini, Reza mula melakukan inovasi yang bersesuaian dengan konsep mudah alih.

    Bukan mudah pada awalnya – En. Reza

    “Pada awalnya, kami tidak menyangka kempen bendera putih akan jadi sebesar ini. Sewaktu pandemik, data yang ada telah menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 5000 bendera baharu telah dikibarkan setiap hari.”

    “Lebih mengejutkan, ada ramai rakyat Malaysia yang sanggup ke hadapan untuk membantu mereka dalam kesusahan. Bukan itu sahaja, ada juga yang menubuhkan kumpulan sukarelawan untuk mengutip barang yang didermakan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.”

    Namun, bukan semuanya mudah untuk tim Terato. Ada juga yang menyalahgunakan aplikasi tersebut dan mula meminta perkara yang bukan-bukan seperti iPhone atau durian Musang King! Ini tidak lagi termasuk dengan segala ‘troll posting’ yang boleh dijumpai di dalam aplikasi KitaJaga.co.

    Sama jugalah dengan individu yang tidak bertanggungjawab dan telah meletakkan banyak pin di atas peta pada satu-satu masa.

    Namun, semua ini tidak mematahkan semangat tim Terato Tech. Jadi, mereka membangunkan mekanisme baharu yang dapat menapis semua ‘troll post’ dan juga posting yang meragukan supaya hanya yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja dapat memuat naik permintaan mereka di KitaJaga.

    Hulurkan bantuan melalui aplikasi KitaJaga

    Kerjasama yang mantap antara tim Terato sendiri telah berjaya menjadikan KitaJaga sebagai salah satu laman sesawang dan aplikasi yang diyakini di negara kita.

    “Apabila wujudnya satu loophole, kami akan berusaha untuk memperbaikinya secepat mungkin. Kami juga akan melakukan update pada pukul 8 malam setiap hari.” Tambah Reza Lagi.

    KitaJaga juga tidak digerakkan oleh siapa-siapa melainkan rakyat Malaysia sendiri. Masyarakat setempatlah yang rela ke hadapan untuk membantu keluarga yang perlukan bantuan dalam komuniti mereka.

    Melalui aplikasi ini, pengguna tidak perlu memandang jauh untuk menghulurkan sebarang bantuan.

    Cuba buka aplikasi KitaJaga dan lihat dimanakan bendera putih dikibarkan. Jika anda mampu membantu, anda boleh hubungi individu yang meminta bantuan itu sendiri. Itulah idea di sebalik KitaJaga. Kalau bukan kita jaga kita, siapa lagi?

    Kini, anda boleh lakukan lebih lagi di aplikasi Kita Jaga. Kenal pasti nombor telefon scammer, buat laporan mengenai masalah gangguan air dan juga minta bantuan banjir secara terus di laman sesawang dan aplikasi KitaJaga!

     


    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213